14 Pertuduhan terhadap Khalid Ismath digugur
14 pertuduhan yang dikenakan ke atas Khalid Ismath sejak tahun 2015 telah digugurkan!

Akhirnya Khalid Ismath bebas. Terima kasih kepada semua yang solidariti pada tahun 2015. Kepada team peguam dari KL – Roger, Dinesh, Kar Fai dan Shashi. Team yang amat dedikasi yang pergi balik dari KL JB – buat kerja secara probono dan percuma. Salut !
 
Juga Kepada Nalini yang bantu koordinasi kempen. Sdr Sevan dari SUARAM – yang juga bantu dari sokongan Antarabangsa. Juga Thomas Fam dari Engage yang aturkan duit jamin RM 70 ribu dan sentiasa bersama. Juga kepada Amnesty International dan NGO lain. Juga Kepada Komrad-komrad PSM Johor Mohan dll yang sentiasa bantu kami disana termasuk komrad Salleh dan lain-lain dari PRM dan PKR. Juga Biro Bantuan Guaman. Juga kepada Ira – isteri Khalid yang sentiasa tabah dan berani dan family Ismath – Bapa Khalid dan ibunya, dan lain-lain yang juga telah memainkan peranan utama dalam episode ini.
 
Juga kepada kepada AG baru yang akur kepada tuntutan rakyat yang mahukan semua yang didaakwa bahawa Akta Hasutan dibebaskan dan akta dimansuhkan.
 
Sesungguhnya 14 dakwaan ini tidak pernah menghalang atau menyekat Khalid untuk terus lawan untuk rakyat dan mereka yang tertindas.
 
Pihak Peguam Negara telah menggugurkan pendakwaan terhadap Khalid Ismath berkaitan dengan tulisannya dalam media sosial yang dituduh menghina Sultan Johor.
 
Khalid Ismath ditangkap pada 7 Oktober 2015 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 Oktober 2015. Sebanyak 14 pertuduhan dikenakan ke atas Khalid Ismath, antaranya 11 pertuduhan dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, dan 3 lagi di bahawa Akta Hasutan. Pertuduhan tersebut adalah berkaitan dengan posting Khalid dalam media sosial yang dikatakan mengkritik Sultan Johor. Pada awalnya Khalid Ismath tidak dibenarkan ikat jamin, namun akhirnya mendapat dikat jamin di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober 2015. Khalid telah ditahan selama 22 hari.