Dua adik beradik akhirnya bebas daripada tuduhan palsu
Hari ini hadir kes dua orang OKT Balamanikrisna dan Abdul Salam Silvaraja dua orang adik beradik yang dituduh Di Bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan,Kakisan Dan Senjata Berbahaya 1958 di Mahkamah Seksyen Kajang, Walaupun Seksyen ini nampak dahsyat tetapi realitinya adalah kesalahan adalah terjumpa satu bilah pisau (itu pun dipertikaikan) dijumpai di kereta yang bukan milik mereka.
 
Dua orang OKT ini pula mendakwa mereka telah ditahan secara tidak adil pada 18-3-2019. Mereka juga telah diseksa dan dipukul oleh orang Polis ketika di dalam Tahanan Reman.
 
Mereka pada awalnya dikatakan mencuri kabel, kemudian dituduh pula memiliki dua bilah parang besar di bonet kereta.
 
Mereka menafikan kedua-dua tuduhan ini sekeras-kerasnya dan kemudian telah melalui Peguam Shashi Devan dan Sarinah telah membuat representasi atas pelbagai percanggahan dalam kertas tuduhan seperti alamat salah, tarikh salah, tempat salah dan bahan bukti salah.
 
Hari ini, pihak pendakwaan telah menukar semua butiran ini dan membuat pindaan dalam kertas tuduhan dimana dari dua bilah parang panjang ditukar kepada sebilah pisau potong daging.
 
Tempat, tarikh tangkapan semua telah ditukar selaras dengan bantahan kami pada awalnya dalam surat representasi untuk mendakwa kes ini adalah kes pemangsaan.
 
PSM Semenyih mengambil kes ini kerana melibatkan dua orang adik beradik yang datang dari keluarga miskin. Mereka pada awalnya tidak dapat membayar wang jamin sebanyak 8 ribu dikenakan setiap seorang dan hanya baru-baru ini Berjaya membayar wang tersebut.
 
PSM berterimakasih kerana kes ini dijalankan secara probono oleh Peguam Shahsi dan Sarinah Mustafa. Kes akan disambung balik pada bulan Mac 2020. Diharap mereka mendapat pengadilan.