SUA PSM dipanggil untuk siasatan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012

Saudara Sivarajan, SUA PSM dipanggil untuk siasatan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012 di PD Dang Wangi untuk siasat disyaki kerana mengambil bahagian dalam protest membantah TPPA pada 20-11-2015. Siasatan hari ini lebih berfokus kepada siapa penganjur protes tersebut; sama ada notis diberikan kepada polis; adakah Sivarajan berucap dalam Perhimpunan tersebut. Sdr Sivarajan diwakili oleh peguam Shashi Devan dan Wong Kar Fai. Ini adalah sekali lagi intimidasi terhadap aktivis kerana mengamalkan hak untuk berhimpun.